“Kalau aku m4ti, tolong kebumikan aku tau…” -Hajat Abam kepada Achey sempena hari lahirnya, buat peminat sebak

Sesungguhnya, hubungan persahabatan antara ahli kumpulan pelawak popular Bocey iaitu Abam, Achey, dan Fad sememangnya dilihat sungguh akrab.

Mana tidaknya, sepanjang mereka berada dalam industri seni mereka adalah kumpulan yang tidak pernah berpecah atau menukar ahli.

Hari ini adalah hari lahir Abam Bocey, dan sebentar tadi Achey ada memuat naik ucapan selamat hari lahir kepada rakan sepanggungnya itu di Instagram. Posting tersebut telah mendapat perhatian Abam yang turut membalas komen tersebut.

Kalau aku mati, tolong kebumikan aku tau!

Moga BFF selamanya…

Abam Bocey telah memberi komen pada ucapan posting yang dimuat naik oleh Achey dan mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan Achey.

Abam juga turut mendoakan semoga persahabatannya dengan Achey dan Fad berkekalan sehingga ke akhir hayat. Balasan komen daripada Abam telah menarik perhatian peminat yang tersentuh melihat persahabatan Abam, Achey dan Fad.

abam_bocik: Lelap tak bermakna lena… memuaskan tidak bererti selesa… bawah tengah dan atas turun naik kita…. pujian usaha kita … cacian pun usaha kita…hiburan kehendak mereka… tetapi cari makan kita… bersungguh,berdoa kita bersama… tawakkal pada yang ESA… bismillah

Sumber : Instagram Achey Bocey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *