Birthday sendiri tp belikan hadiah utk mak ayah. Respek cara Bro Firdaus raikan hr jadi.

Assalamualaikum …

Firdaus Wong Wai Hung atau dikenali sebagai Bro Firdaus Wong yang pada asalnya merupakan penganut agama Buddha mengambil keputusan memeluk Islam walaupun tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berbuat demikian sebelum ini.

Kali ini dipetik daripada page rasmi beliau, bagaimana beliau menyambut harijadinya.   Bukan setakat meraikan dirinya sendiri, tetapi kali ini beliau meraikan ibu bapanya yang masih belum memeluk Islam.

Ikuti cerita beliau …

Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini?

Breakfast dengan IbuBapa saya yang Belum Muslim kemudian bawa mereka membeli persiapan Tahun Baru Cina dan juga membeli hadiah harijadi. Bukan beli hadiah harijadi untuk diri saya tetapi membelikan hadiah untuk mereka.

Birthday saya kenapa belikan hadiah untuk mereka pula? Merekalah asbab saya dilahirkan di dunia ini dan kemudian dikurniakan hidayah memeluk Islam pada 2005. Mereka jugalah yang mendidik dan menjaga saya. Merekalah yang lebih layak menerima hadiah pada hari lahir saya dan bukannya diri saya.

Sebelum memeluk Islam, saya hanya meraikan harijadi dengan kawan-kawan sahaja tetapi setelah memeluk Islam, saya mempunyai perspektif yang lain. Yang layak meraikan adalah IbuBapa saya dan yang layak menerima hadiah adalah IbuBapa saya bukannya saya & saya sepatutnya mendahulukan IbuBapa saya pada harijadi saya.

Mereka banyak menyokong gerak kerja dakwah & kebajikan saya walaupun Belum Muslim. Saya telah mengajak mereka memeluk Islam berkali-kali dan saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati mereka, adik beradik saya serta ahli keluarga mertua saya yang Belum Muslim untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen.

*Jangan tanya umur berapa. Biarlah rahsia. InshaAllah masih muda lagi.

Ini antara komen netizen di FB beliau

Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini?.Breakfast dengan IbuBapa saya yang Belum Muslim kemudian bawa mereka…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung (Official) on Thursday, January 17, 2019

Kredit : Firdaus Wong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *